Istilah perpaduan hampir kita dengar hari hari, tak kiralah dalam akhbar ke, internet ke, ucapan pemimpin ke, di sekolah ke dan sebagainya. Istilah ini sangat penting dalam negara kita yang berbilang kaum dan etnik. Tapi apa maksud sebenarnya disebalik istilah ini? ntahlah, tiada jawaban pasti. Yang pastinya , setiap pemimpin menggunakannya samada secara positif dan negatif. Ada pemimpin yang menyatakan perpaduan rakyat ditahap yang kritikal, ada yang berkata perpaduan hanya retorik, ada yang berteori perpaduan sebenar adalah sukar dicapai dan sebagainya.
Mari kita lihat beberapa realiti untuk kita menilainya:
Disekolah:
Seorang murid cina mengambil pelajaran agama islam dan lulus dengan cemerlang.
Seorang murid india masuk kesekolah agama rakyat bersama murid murid melayu.
Seorang murid melayu cemerlang di sekolah jenis kebangsaan cina.
Ditempat kerja:
Pekerja Melayu mengutip duit dan membuat jamuan makan dan menjamu kawan kawan india dan cina apabila hampir menjelang hari raya.
Pekerja cina mengutip duit sesama mereka dan menjamu pekerja bangsa lain menjelang hari raya cina.
Begitu juga dengan pekerja india apabila menjelangnya deepavali.
Seorang pemandu teksi melayu memberhentikan keretanya apabila melihat seorang cina cedera teruk akibat kemalangan dan terus membawa mangsa ke hospital tanpa mempedulikan darah membasahi kusyen teksinya.
Seorang penyelia melayu memberikan kenaikan pangkat kepada pekerjanya tanpa ada rasa samada pekerjanya cina, india atau melayu.
Seorang penyelia melayu yang telah berjaya, tidak melupakan penyelia lamanya yang berbangsa cina, seterusnya memberi peluang kepada beliau apabila penyelia cina itu menghadapi masalah dalam hidup.
Kejadian kejadian yang tertera di atas adalah kejadian yang benar belaka, ianya menunjukkan dengan jelas bahawa pada peringkat rakyat kebanyakan, isu perpaduan bukanlah rumit dan sukar. Jelas pada rakyat kebanyakan bahawa bekerjasama dengan rakan dari bangsa berbeza merupakan satu kelebihan dan bukannya satu halangan.
Kita lihat pula keadaan berikut:
Kemalangan berlaku, soalan yang terpacul ialah "hah sapa kena tu ? cina/india ke melayu?"
Dalam pengambilan pekerja "Alah, si Chong tu kira nak ambil bangsa dia saja, bangsa kita jangan haraplah"
Dalam persaingan pekerjaan , " Kalau melayu jangan haraplah nak naik, kalau cina tu, pandai cakap sikit, boss nampak, terus naik pangkat"
Dialog di atas seolah olah biasa sangat didengar, apa betul kah seperti yang dinyatakan atau hanya andaian membuta tuli sahaja.
Dialog di atas memang tidak dapat di elakkan, bukan kerana kita ini berbeza bangsa, tetapi kerana perbezaan ini lah yang memberi ruang untuk ditunding segala alasan, apabila berlaku sesuatu perkara. Ini juga pasti berlaku, jika sesama melayu,sesama cina,sesama india, tetapi bukan bangsa yang menjadi alasan, mungkin darjat, pangkat, kumpulan dan apa jua yang boleh di jadikan alasan atas kegagalan sesuatu. Maka, ianya janganlah dihiraukan, dan pasti berubah dengan perubahan sikap rakyat Malaysia.
Seterusya, kita lihat dimana mana, cina hanya akan bergaul sesama mereka, begitu juga india dan melayu. Tak kiralah semasa waktu rehat di kantin, pergi berkelah, disekolah dan kolej, di klinik dan sebagainya. Pada hemat saya ini bukanlah salah, dan bukan menjadi isu. Kita tidak boleh memaksa diri untuk bersosial dan berkawan, dan ini bukanlah, dan tidak boleh dijadikan isu sama sekali. kenapa? Sebabnya, dikalangan Melayu contohnya, ada pula pemisahan mengikut jenis jenis kawan, ketaksuban keatas sesuatu perkara, hobi, kesamaan dan sebagainya. jadi bayangkanlah, Melayu banyak persamaan dengan melayu yang lain menyebabkan perkumpulan sesama mereka berlaku, begitu jua cina dan india, jadi tiada yang salah jika dimana jua kita dapati perkumpulan ini berlaku bukan kerana tidak suka kepada bangsa lain, tetapi lebih merujuk kepada kesamaan dan kesesuaian dalam bersosial.
Pecampuran akan berlaku dikala seseorang melayu itu mempunyai sesuatu yang sama dengan seseorang cina /india , contohnya, peminat muzik, peminat barang antik,peminat burung dan sebagainya. Ketaksuban kepada hobi atau kesukaan menyebabkan lupanya engkau melayu atau cina.
Keadaan seterusnya:
Apabila melayu,cina,india yang bekerja di sesebuah organisasi dan mendapat tugasan keluar negara. Apabila bangsa yang berbeza ini, yang berasal dari Malaysia, secara semulajadi lupa terus lupa bangsa mereka, sebaliknya melihat diri mereka lebih Malaysia dari cina,melayu atau india. Semangat patriotik dan sayang negara tiba tiba terasa, terutama apabila teringat makanan Malaysia. Harap harap semangat yang menjelma itu bukanlah semangat makan.
Apa apa pun pada hemat saya, perpaduan bukanlah satu isu besar, dan tak perlu diperbesarkan.
Dan saya seru kepada pemimpin politik, janganlah jadikan perpaduan sebagai satu modal untuk meraih sokongan dengan menakut nakutkan rakyat.
Sekian.
Saturday, February 6, 2010
Subscribe to:
Comments (Atom)
