Saturday, August 7, 2010

Filem Melayu

Baru baru ni ada program bual bicara dalam TV bercerita tentang filem melayu. Seperti biasa sembang sembang tersebut langsung tak menjejaskan industri filem melayu yang tidak keruan arah tujunya.Cuma setakat bersembang memenuhi slot rancangan TV.Tindakan susulan langsung tiada.
Bagi pendapat saya yang tak seberapa ini, media memainkan peranan sangat penting dalam membina minda rakyat dan memupuk kecintaan dan appresiasi terhadap filem melayu. Sebagai contoh TV kerajaan boleh mengadakan program bicara secara khusus sesuatu filem, tiap minggu satu filem melayu dipilih untuk dinilai leh pakar pakar filem, juga dengan penglibatan penonton. Dalam program ini,hendaklah ditayang babak ke babak, dan pada setiap babak dihentikan, maka panel akan membuat komen kepada sesuatu babak itu dari segi teknikal mahupun isi.Hendaknya di olah setiap filem baru selesai ditayang dipawagam , dan juga filem filem lama. Dengan pendedahan ini , penonton akan tahu apa yang perlu diberi perhatian apabila menonton sesuatu filem itu.
Dalam program bual bicara yang saya tonton baru baru ini, ahli panel masing masing bercakap dengan kesedaran mereka terhadap filem dan kandungannya, tapi majoriti penonton diluar sana mungkin tidak tahu apa yang diperkatakan , maka jadilah menonton filem hanya sebagai hiburan. Oleh demikian, pembikin filem yang berteori itu dan ini menjadi syok sendiri sahaja.Walhal penonton mengambil sikap peduli apa, janji lepas tengok filem, rasa puas.
Kepuasan menonton filem itu sangat subjektif , dan yang paling senang dan mudah ialah menontonya dengan nawaitu untuk berhibur, padahal kepuasan itu lebih mendalam jika dapat membaca filem tersebut lebih dari hal hiburan semata. Maka kesedaran ini hanya boleh di jana dengan pemberian maklumat melalui media utama samada cetak atau elektronik.
Media cetak sangat berpengaruh, dari dipenuhi dengan kisah kisah sensasi yang tak membina apa apa, lebih baiklah diisi dengan lapuran lapuran ilmiah tentang filem, komen komen, ruang komen pembaca dan sebagainya. Jangalah di usik kisah cerai berai dan kasih mengasihi yang keterlaluan sehingga memualkan, seolah olah hiburan di Malaysia ini tak ada kerja nak dibuat.
Sekian.