Sunday, July 5, 2015

Ramadhan 2015

Assalamualaikum WBR,

Posting terakhir pada tahun 2010. Sekarang sudah 2015.Sungguh cepat masa berlalu.Ada yang berubah dan ada yang kekal.Ada yang berubah kearah positif, ada yang terlingkup.
Politik Malaysia,sejak muthakhir ini menjadi makin rojak, ahli politik seakan akan terlupa tanggungjawab utama mereka adalah untuk bekerja untuk rakyat, dengan mencipta dasar, mengolah dasar, mengimplementasi dasar, mengawal selia dasar, yang mana dasar dasar ini sepatutnya memberikan kesan positif kepada kehidupan rakyat.
GST diperkenal pada April 2015, telah banyak diperkatakan tentang dasar tersebut, tapi yang nyatanya rakyat berbelanja lebih banyak dari sebelum ini.
Penarikan subsidi minyak memang niatnya indah, namun akhirknya rakyat juga yang terkesan dari naik turun harga komoditi tersebut.
Memperkenalkan dasar tersebut mudah, dan boleh menarik penilai antarabangsa untuk memberi penilaian baik terhadap ekonomi kita. Tapi adakah setakat memperkenalkan sahaja? dimanakah kawalan selia terhadap dasar dasar ini? apa yang ketara harga barang pengguna terus menaik, tanpa sebab yang jelas. Tiada kawal selia dalam hal ini. Nampaknya yang berkuasa adalah pihak kapitalis, yang terdiri dari pemborong, pengusaha telekomunikasi, syarikat perkhidmatan yang lain, yang tidak merasa salah dan bertanggungjawab atas harga barangan dan perkhidmatan yang tidak berpatutan.Janganlah diimami secara tuli akan pasaran bebas, dimana akhirnya rakyat tiada langsung pilihan melainkan terpaksa membeli barang dan perkhidmatan yang mahal berbanding dengan pendapatan.
Mungkin ada dicelah celah itu beberapa barangan dan perkhidmatan yang murah, namun kualitinya sangat tidak munasabah untuk digunakan oleh orang kebanyakan yang mendiami negara yang bakal dinobatkan sebagai negara maju enam tahun lagi.
Apakah rakyat tidak layak untuk mendapatkan kehidupan berkualiti pada harga yang munasabah? Contohnya, untuk melahirkan rakyat berpandangan luas, salah satu cara adalah melalui maklumat, dan salah satu yang pupular adalah melalui TV. Untuk mendapatkan perkhidmatan pada tahap yang munasabah, rakyat perlu berbelanja RM 170 sebulan. Untuk perkhidmatan internet yang baik, rakyat perlu belanja RM 160 sebulan untuk talian tetap, dan minima RM 50 dengan data line yang rendah kapasitinya. Untuk hidup selesa dengan keadaan yang panas, kita perlukan aircond dirumah, dan rakya kena bersedia untuk membayar RM 200 sebulan untuk elektik.
Ini bukan masalah mengada ngada atau orang kata, kalau tak ada duit apa pasal nak pasang aircond, streamyx bagai...tapi kita berbicara tentang kualiti hidup rakyat, didalam negara yang sering kali dikatakan mendapat rating baik dalam penilaian ekonomi, apakah rakyat harus hidup ditakuk lama hanya kerana tidak mampu?
Setiap rumah perlu ada kereta, harga kereta tak perlu dibicara lagi, beserta cukai, hampir separuh duit gaji hanya untuk kereta. Apa pilihan yang ada? perkhidmatan awam? mungkin ada pembaikan di kota, tapi bagaimana dengan luar bandar ? untuk menunggu sebiji bas dari kulim ke butterworth, pengguna harus menunggu +/- 30 minit dari jadual, dengan kebarangkalian untuk bas tidak muncul  adalah 50:50. Apa jenis perkhidmatan ni?
Rakyat Malaysia mungkin secara rambangnya nampak mampu pada pasaran bebas ini, namun siapa tahu tiap masalah isi rumah, apa yang mereka tanggung, berapa banyak hutang, pinjaman dan sebagainya, dan menyebabkan kualiti hidup terjejas.
Ada yang menyarankan untuk kurang balik ke kampung, ini saranan untuk memusnahkan silaturahim berkeluarga. Tidak masuk dek akal hanya rakyat yang harus ikat perut, dengan membiarkan pasaran bebas sebebas bebasnya, dengan kapitalis mengaut keuntungan saban tahun...
Kepada siapa hendak mengadu? sebagai orang Islam, kita berserah kepada Tuhan, tetapi sebagai khalifah dimuka bumi yang diberikan akal dan fikiran, perlulah juga kita bertindak sebagai manusia. Untuk mengadu kepada ahli politik ? ahli politik yang mana satu?
Kepada ahli politik yang memerintah, rasanya tak nampak satu pun yang berusaha luar dari biasa, sebaliknya hanya gitu gitu, hanya 'passing time' cukup bulan ambil gaji, sekali sekala keluar kenyataan bombastik kunun kunun nya pejuang rakyat lah, itu lah ini lah, namun untuk berusaha lebih, jangan sekali.
Kepada ahli politik pembangkang, tidak pasti apa yang hendak mereka lakukan, sama seperti ahli politik pemerintah, passing time untuk gaji sahaja agaknya, sekali sekali muncul dengan cakap cakap tidak masuk akal.
Konklusinya kedua dua pihak hanya makan gaji buta, rakyat terus sengsara, hari demi hari , tahun demi tahun, rasanya walaupun kerajaan berubah, tapi hakikat nya serupa, rakyat juga membebani gelagat sarkas ahli politik Malaysia.