Saturday, January 30, 2010

Bahasa Kebangsaan

Tidak berapa lama dulu, heboh pihak DBP bising pasal bahasa rojak. Sebelum DBP marah marah, cerminlah diri dahulu, siapa yang mulakan bahasa rojak? apakah perkataan destinasi, kolabirasi, dan apa apa si lagi, dengan terang dan tanpa evolusi, malahan seolah olah paksaan , menerjah ke kamus bahasa Melayu , dan diguna pakai tanpa segan silu.
Tetapi apabila perkataan - perkataan yang lahi dari jiwa Melayu moden, yang di pelopori oleh anak anak muda kebanyakannya dianggap sebagai rojak. Bahasa itu sesuatu yang hidup dan membiak, biarlah ia membiak dan bercambah. Janganlah dibiakkan dengan baja tiruan yang melahirkan perkataan destinasi, dedikasi, dan ntah apa apa lagi.

Sekian

Keretapi

Keretapi adalah salah satu pengangkutan awam yang telah lama ujud, namum kemajuannya sangat lambat dirasakan. Saya ingin menarik perhatian pihak yang berwajib, tentang betapa kita boleh memanafaatkan, dan membuat perubahan kecil dengan impak yang besar.
Sebagai Contoh, stesen keretapi sungkai telah di naiktaraf kan, agak besar jugak, tetapi malangnya lokasinya tidak bertepatan dan menyusahkan. Landasan keretapi tersebut melalui betul betul pekan sungkai, dibelakang stesen bas, kenapa tidak stesen bari dibina belakang stesen bas sahaja, ianya memberikan banyak manafaat. Pengguna keretapi pasti akan bertambah, terutamanya untuk pergi ke pekan Bidor atau Tapah, dan ini amat memudahkan penduduk setempat untuk menaiki keretapi, tidak perlu lagu mengharapkan pengangkutan lain untuk ke stesen keretapi yang jaraknya agak jauh sekarang ini.

Sekian

Kedai lama di jalan lama

Kalau kita memandu dari KL ke Ipoh, melalui jalan lama, kita pasti akan melalui deretan kedai kedai lama, antara Gopeng, Kampung Kepayang dan Simpang Pulai. Keadaan kedai tersebut kini sangat daif dan uzur, tetapi mempunyai aura dan tarikan tersendiri, juga bernostalgia.
Saya mencadangkan kepada kerajaan negeri Perak untuk mengambil alih deretan kedai ini, baik pulih dan jadikan kawasan pelancongan. Pelancongan yang bagaimana? Saya namakan pelancongan ke masa silam.
Deretan kedai ini hendaklah dibaik pulih mengikut keadaan asal, dan di cat semula dengan cat yang bersesuaian dengan zaman yang ingin kita tonjolkan. Contohnya keseluruhan kawasan ini akan menjadi kawasan yang berlatar belakangkan tahun 60 an, maka cat dan gubahan, olahan hendaklah bertemakan tahun 60 an. Deretan kedai ini samada disewakan atau diusahakan secara keseluruhan oleh syarikat swasta atau oleh kerajaan negeri sendiri.
Apabila kawasan ini di wartakan sebagai 'Kembali ke tahun 60an' , semua hotel, kedai runcit, emporium, kelab malam, kedai basikal, kedai perabot, motor, restauran dan sebagai nya hendaklah diserikan atau di gubah dan diisi oleh perkakasan dari tahun 60an. Ini termasuklah TV, peti ais, kenderaan sekitaran, telefon, fesyen baju pekerja, hatta siaran tv juga boleh dikhususkan untuk kawasan ini mengikut format dan tarikh tahun 60 an. Contohnya 30-01-2010 (masa sekarang), maka tarikh dikawasan ini haruslah 30-01-1960,1,2,3....
Segala yang berkaitan dengan tarikh lama ini mestilah dipenuhi dengan teliti, termasuklah apa jua surat khabar yang terbit pada tarikh ini atau majalah dan aktiviti yang berlansung pada tarikh ini.
Dari susur keluar highway akan ada sign board seperti "Susur keluar ke tahun 1960an". Pelawat boleh keluar dan terus ke kawasan ini (mungkin tiket boleh didapati di plaza tol) dan boleh mendapatkan hotel hotel fesyen lama di kawasan ini. Tiada handhone, tiada wifi dan apa jua yang berkaitan zaman ini, di kawasan ini.
Mungkin juga kawasan ini bakal muncul sebagai pusat antik seMalaysia, dimana pengusaha atau saudagar barang purba boleh membuka kedai di sini. Boleh juga menjadi pusat membaik pulih kenderaan lama seperti basikal lama, motor lama dan kereta lama. Haruslah ada usaha dari pengurusan kawasan ini untuk mendapatkan pembekal pembekal "spare part' lama yang menjadi kegilaan pengumpul barang lama, dan pasti ianya akan menjadi buat mulut kerana konsep yang unik ini.
Saya amat berharap jika ada pihak yang sudi merealisasikan ide ini.

Sekian.

Leka

30-01-2010
Dah sebulan habis untuk tahun 2010, rasanya macam tu jugaklah seperti tahun tahun lepas, angan angan macam macam, tapi tindakan terkebelakang, tiap tahun cipta azam, tapi masa sangat pantas meninggalkan kita jika kita leka dan lena.
Antara duduk menikmati hidup, sambil menontn tv, dan lelap barang seketika dengan, usaha menambah pendapatan dan sibuk kesana sini, kekadang menimbulkan tanda tanya, mana satu yang betul. Ada pendapat mengatakan hidup ini singkat dan nikmatilah seadanya , ada pula yang beria ia mengatakan untuk maju, mesti kerja keras, dapatkan pendapatan berganda, kumpul uang dan harta, maju maju maju, menang menang dan menang.
Kalau di atas adalah dua garisan yang ekstreme, maka jalan sebaiknya adalah kesamarataan dan keseimbangan antara dua ekstrim yang menghasilkan kesederhanaan. Cakap memang mudah tetapi usaha berterusan untuk mencapai kesederhanaan kekadang amat mencabar kesabaran.Namun apa apa pun kesyukuran itu adalah yang sebabaiknya atas apa jua nikmat yang kita rasai.